Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan saat menghadiri majlis makan malam atau acara yang berprestij. Tapi ramai lagi yang masih mengabaikan gaya pemakaian ketika melakukan aktiviti sukan atau beriadah. Ini penting untuk memastikan anda sentiasa selesa dan tidak mengganggu pergerakkan ketika melakukan aktiviti sukan ataupun senaman tersebut.
Jom kami kongsikan tip memilih pakaian yang selesa dan sesuai ketika melakukan aktiviti sukan!
#1 : DESIGN / REKABENTUK PAKAIAN SUKAN
Setiap brand atau jenama pakaian akan menghasilkan rekabentuk pakaian sukan yang berbeza. Sebagai contoh, sesetengah baju sukan dihasilkan dengan pelbagai jenis fabrik dan juga cutting yang berbeza-beza. Untuk seluar pula, ada yang menyediakan poket dimana kebiasaannya si pemakai akan meletakkan kunci atau telefon di bahagian poket tersebut semasa melakukan aktiviti larian. Bergantung kepada si pamakai untuk memilih rekabentuk yang sesuai dan selesa untuk badan dan aktiviti sukan yang akan dilakukan.
#2 : OURDOOR / INDOOR
Untuk aktiviti outdoor, pemakaian yang berwarna cerah sangat digalakkan supaya tidak panas. Hal ini juga untuk mengelakkan anda daripada mengalami strok haba kerana pakaian yang berwarna gelap meyerap haba lebih banyak berbanding warna cerah.
Manakala untuk sukan indoor, pakaian sedikit gelap boleh digunakan. Tidak kira sama ada anda berlari diatas treadmill ataupun menyertai kelas aerobik.
Bagi yang menyertai pertandingan larian, anda boleh mendapatkan nasihat daripada jurulatih atau mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Pemakaian yang sesuai dan selesa dengan anda akan mempengaruhi prestasi anda dalam mencapai kejayaan dalam melakukan sesuatu aktiviti.
#3 : KEADAAAN CUACA
Ini penting untuk memastikan kita memakai pakaian yang sesuai dengan cuaca ketika bersukan. Dari segi warna dan juga jenis fabrik mestilah diambil kira supaya sesuai dengan aktiviti sukan dan cuaca pada masa itu. Selain dari itu, alat-alat tambahan juga boleh digunakan bagi mengelakkan cahaya matahari ketika bersukan, contohnya memakai cermin mata khas untuk running ataupun aktiviti basikal.
#4 : KESELESAAN
Tidak kira apa jenis pakaian yang kita pilih sekalipun, keselesaan harus diutamakan. Ini dapat memastikan kita dapat melakukan aktivit dengan selesa dalam tempoh masa yang lama.
Pakaian yang dipilih haruslah tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Pakaian yang ketat akan menjerut peredaran darah kita yang mana akan mengakibatkan bekalan oksigen tidak dapat disalurkan keseluruh badan dengan cukup.
Pakaian yang terlalu longgar juga akan mengganggu pergerakan dan juga akan mendapatkan pelbagai risiko seperti tersangkut pada alatan sukan ataupun dahan pokok semasa melakukan aktiviti outdoor.
#5 : KESESUAIAN TEMPAT DAN AKTIVITI
Jangan main sarung je, fikir dulu dimana dan aktiviti sukan apa yang anda nak buat. Pilih pakaian yang sesuai supaya selesa dan sesuai dengan aktiviti yang nak dilakukan itu. Pakai pakaian sukan mengikut keselesaan anda sendiri tetapi jangan terlalu berlebihan yang mungkin membawa sebarang kemalangan.
#6 : TERANG
Aktiviti sukan bukan sahaja boleh dilakukan pada waktu siang, malah ramai juga yang suka bersukan pada belah malam mungkin kerana terlalu sibuk pada waktu siang ataupun lebih selesa bersukan pada waktu malam. bagi mereka yang suka bersukan pada waktu malam digalakkan untuk memakai pakaian yang berwarna terang atau ada sebarang “reflective” supaya masyarakat sekeliling nampak dan untuk mengelakkan sebarang kemalangan dari berlaku.
#7 : HIJAB
Bagi wanita yang beragama islam, terdapat pelbagai fesyen tudung sukan yang boleh anda gayakan. Tetapi anda kena pastikan tudung sukan tersebut sesuai dengan aktiviti sukan anda dan tidak mengganggu pergerakkan. Tudung yang anda pilih mestilah mudah untuk dipakai dan tidak panas. Fabrik yang mempunyai pengudaraan yang baik dan cepat kering supaya lebih selesa ketika melakukan aktiviti sukan. Sebarang pin pada tudung tidak digalakkan supaya tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada si pemakai.
#8 : FABRIK YANG SESUAI
Sememangnya kita akan berpeluh dengan banyak apabila melakukan sebarang aktiviti. Dengan itu, fabrik yang sesuai haruslah di utamakan bukan gaya semata-mata tau. Fabrik yang berasaskan kapas sangat disyorkan.
Ini kerana fabrik yang berasaskan kapas dapat menyerap peluh dengan lebih banyak. Selain fabrik dairpada kapas, jenis kain yang menggalakkan pengaliran udara keluar masuk yang baik juga harus dijadikan pilihan utama.
Jenis kain yang menggalakkan pengaliran udara keluar dan masuk dapat mengurangkan risiko strok haba. Selain dapat memberikan keselesaan kepada pemakai dan mengelakkan mudah terinfeksi oleh penyakit kulit.
#9 : SPORTS BRA
Bagi wanita bersukan, anda digalakkan untuk memakai sports bra. Pilih saiz dan kualiti sports bra yang sesuai dan tidak mempunyai besi didalamnya untuk mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan ketika melakukan aktiviti sukan. Selain memberikan keselesaan ketika bersukan, ianya penting untuk memberi sokongan yang terbaik pada bahagian dada.
#10 : KASUT
Pemilihan kasut yang sesuai mengikut sukan atau aktiviti yang kita lakukan sangat penting. Ini bagi menjamin keselamatan bahagian kaki. Sebagai contohnya badminton, kasut yang sesuai haruslah dipakai supaya dapat mengelakkan licin semasa bermain dan mengelakkan kecederaan.
Kasut yang sesusai bagi untuk berlari pula ialah yang sedikit lembut pada bahagian dalam atau jenis yang masterfoam. Ini dapat mengurangkan impak yang diterima oleh kaki semasa berlari.