5 JENIS TUDUNG YANG  ANDA PERLU ADA

5 JENIS TUDUNG YANG ANDA PERLU ADA

Siapa kata wanita berhijab tidak boleh tampil cantik dan bergaya?

Di Malaysia ni ada banyak jenis tudung sampai kan tak sempat nak ikut trend terkini. Disini kami senaraikan beberapa jenis tudung bagi memudahkan anda membuat pilihan yang terbaik.

TUDUNG BAWAL

Tudung bawal merupakan tudung yang tak ditelan zaman. Tudung bawal menjadi pilihan ramai wanita dan gadis kerana ia mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian. Sekarang ni kita boleh dapatkan pelbagai material tudung bawal antaranya tudung bawal cotton, chiffon, cornskin dan satin.

TUDUNG SHAWL

Shawl atau selendang juga merupakan antara pilihan wanita berhijab zaman sekarang. Selain nampak kemas, shawl juga boleh dipakai dengan pelbagai gaya mengikut keselesaan si pemakai. Kami pasti zaman sekarang ni ramai wanita yang suka loose style shawl sebab auto nampak ayu dan elegan tapi jangan lupa tau gunakan pin untuk nampak lebih kemas.

TUDUNG INSTANT SHAWL

Tudung instant shawl direka khas buat mereka yang tidak pandai melilit ataupun tidak pandai menggayakan shawl tetapi masih mahu kelihatan cantik. Ia juga direka khas buat sesiapa yang sentiasa nak cepat siap. Haaa tinggal sarung je terus siap. Nampak terletak elok je.

TUDUNG SARUNG

Tudung sarung merupakan tudung yang paling simple dan jimat masa. Selalunya pada zaman dulu, kita akan nampak kebanyakan mak-mak atau orang yang sedikit berusia yang gemar memakai tudung sarung. Bagaimanapun, tudung sarung ini telah dipelbagaikan reka bentuk dan material bagi memenuhi citarasa semua lapisan umur tak kira muda ataupun tua. Ada yang 1 layer, ada yang 2 dan 3 layer. Bermacam macam jenis tudung sarung yang ada dipasaran sekarang ni.

TUDUNG SUKAN

Tudung sukan merupakan tudung yang direka khas bagi wanita aktif bersukan. Keunikan utama tudung sukan ini adalah material yang tahan lasak, lembut, nampak flowy je bila pakai. Ia juga mudah menyerap peluh dan cepat kering. So takde lah berbau kepam tudungnya bila basah atau pakai dalam waktu lama. Tudung sukan ini boleh didapati dalam pelbagai variasi warna. Kini, tudung sukan juga mempunyai tahap labuh yang berbeza sesuai dengan keselesaan pengguna. Yang paling best tudung sukan ni pinless tau. Tak perlu susah susah cari pin tudung.

 

Pilih je tudung jenis apa mengikut kesesuaian aktiviti, tapi yang penting tudung tu mestilah selesa dan cantik bila pakai macam dalam gambar ni, Bella pakai tudung PACE hijab dari calawo. Nak extra labuh, calawo ada keluarkan PACE X hijab.

Stay fit and enjoy your life!

Back to blog