PAKAIAN SUKAN WANITA

PAKAIAN SUKAN WANITA

Wanita yang aktif dalam sukan dan selalu bersenam akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tubuh badan yang lebih kuat, sihat dan seterusnya mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya dalam kerjaya dan hidup.

Golongan wanita sering di stereotype sebagai seorang yang arif berfesyen untuk digayakan saat menghadiri sebarang acara majlis formal atau tidak formal. Namun, ramai wanita sering memandang enteng gaya pemakaian sukan bagi wanita dan membeli pakaian sukan wanita secara terburu-buru tanpa memikirkan tentang kesesuaian kegunaannya dengan aktivti yang bakal di lakukan.

Pemilihan pakaian sukan untuk golongan wanita yang sesuai memainkan peranan penting untuk memastikan si pemakai selesa supaya boleh memakainya dalam tempoh masa yang panjang. Golongan ini seharusnya mengambil kira banyak faktor sewaktu membeli pakaian sukan wanita.

Antara faktor yang perlu di titik beratkan untuk membeli pakaian sukan wanita adalah seperti reka bentuk pakaian, material fabrik yang digunakan, kesesuaian tempat aktivti dilakukan dan pilihan warna yang sesuai di pakai untuk setiap waktu.

Kini terdapat banyak jenama antarabangsa dan lokal mula mengeluarkan banyak pilihan pakaian sukan wanita termasuk pakaian sukan wanita untuk Muslimah. Apabila kita sebut pakaian sukan wanita, mesti ramai yang terfikir berkaitan baju dan seluar sedangkan tudung, jaket, stokin dan kasut juga merupakan sebahagian daripada kelengkapan pakaian sukan yang akan mempengaruhi aktiviti sukan selain memudahkan pergerakkan dan tidak akan menambahkan beban tambahan pada tubuh semasa bersukan.

Setiap jenama menghasilkan potongan atau reka bentuk pakaian sukan yang berbeza-beza. Reka bentuk pakaian sukan wanita  yang cantik, lembut dan tahan lasak sudah tentu menjadi pilihan ramai manakala reka bentuk / potongan menutup aurat antara ciri yang penting bagi baju sukan wanita Muslimah.Sangat best bila reka bentuk atau potongan pakaian sukan yang kita pilih masuk dengan personality kita.

Percaya atau tidak, potongan atau reka bentuk pakaian sukan wanita yang memberi impak kurus sebenarnya mampu menaikkan rasa percaya diri dan semangat seseorang untuk terus aktif bersenam dan bersukan selain cantik untuk swafoto.

Contohnya seperti brand Calawo, setiap reka bentuk pakaian sukan wanita yang kami hasilkan mestilah minimalis, jimat masa bersiap, menutup aurat dan mesra wuduk bagi wanita beragama Islam.

Bila kita bercakap mengenai sukan, kita mesti berfikir mengenai banyak pergerakan, mudah berpeluh dan berpeluh. Oleh itu, jenis fabrik yang di gunakan untuk pakaian sukan wanita juga penting dan perlu diberi keutamaan semasa membeli pakaian senaman agar tubuh sentiasa rasa selesa. Untuk keselesaan, selalunya orang yang bersukan mesti mengelak daripada memakai pakaian jenis kapas kerana jisim material yang berat bila basah dan susah kering.

Pakaian sukan wanita adalah baik jika menggunakan fabrik jenis poliester, mikrofiber dan spandex kerana ia cepat kering, cepat serap peluh, ringan, mudah memeri dan sesuai untuk pelbagai aktiviti sukan.

Di Calawo, faktor utama kami dalam memilih fabrik untuk pakaian sukan wanita mestilah mempunyai ciri-ciri seperti selesa, sejuk, serap peluh, mempunyai aliran udara yang maksimum, senang dicuci dan sesuai digunakan sebagai fesyen harian.

Ramai wanita memilih satu pakaian tapi boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti. Fuh, sangat jimat dan lengkap! 1 set baju, seluar dan hijab sahaja dah boleh pakai untuk banyak aktiviti. Sangat best, kan?

Kebanyakkan produk Calawo memang berfokus kepada sukan kerana kami terkenal dengan menjual pakaian sukan wanita. Walaupun begitu, berdasarkan maklum balas yang kami terima dari semua pelanggan kami ramai yang pakai pakaian sukan wanita dari Calawo untuk aktiviti harian seperti ke pasar, bercuti,riadah, atau pun siram pokok bunga di laman rumah.

Kini, produk pakaian sukan kami terkenal sebagai pakaian ready-to-go kerana sarung terus siap dan cantik.

Kesimpulannya, pakaian sukan wanita sangat memberi pengaruh kepada si pemakai yang aktif untuk kekal sihat. Oleh itu pakaian sukan wanita haruslah flexible, yang bukan sahaja sesuai untuk sukan tetapi sesuai untuk jalan-jalan dan bercuti adalah sangat perlu supaya wanita tidak lagi pening untuk memilih pakaian.

 

 

Back to blog