Skip to content
Cart
RAHSIA & MANFAAT BRISK WALKING

RAHSIA & MANFAAT BRISK WALKING

Apa itu brisk walking?

Ia merupakan aktiviti berjalan dengan cepat dan dilakukan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap kecergasan dan gaya hidup sihat.

Ini antara senaman yang mesra jantung. Bebeza dengan senaman yang lain, brisk walking merupakan aktiviti yang sangat rendah risiko kecederaan dan juga tidak memerlukan sebarang kos.

Senaman berat mungkin agak sukar dilakukan terutamanya oleh mereka yang sudah lama tidak bersenam, agak lanjut usia dan juga mempunyai berat badan berlebihan.

Kunci utama dalam memastikan kecergasan diri ialah melakukan senaman biar sesuai dengan kemampuan diri.

FAEDAH BRISK WALKING

Buat yang aktif melakukan aktiviti brisk walking sebanyak beberapa kali dalam seminggu mereka akan alami beberapa perubahan positif dalam masa yang pendek.

Salah satunya ialah brisk walking mampu menurunkan tekanan darah serta membantu mengurangkan risiko menghidap diabetes.

Secara dasarnya brisk walking merupakan salah satu aktiviti intensiti sederhana aerobik intensiti.

Andai kata kaki terasa sakit selepas melakukan brisk walk, rendamlah kaki di dalam air suam atau lakukan urutan sesuai.

Tahap pembakaran kalori pula bergantung kepada berat seseorang dan juga beberapa faktor lain.

Selamat berjalan!
Back to blog