TIPS PACKING BARANG UNTUK TRAVEL ATAU HOLIDAY

TIPS PACKING BARANG UNTUK TRAVEL ATAU HOLIDAY

Nak pergi travel mana tu? Setiap kali nak travel atau holiday, bahagian yang paling annoying adalah pack barang-barang.

Anda mesti pernah mengalami masalah tak cukup ruang dalam beg ataupun luggage kan? Pening kepala asyik fikir macam mana nak jimatkan ruang kan.

OK, kalini saya share sedikit tips packing barang-barang untuk travel atau holiday. Follow 5 tips ni supaya boleh travel atau holiday dengan tenang dan happy.

 

ORGANIZER BAG

Organizer beg ni mudah dicari dikedai-kedai. Kebiasaannya beg ini didatangkan di dalam satu set. Beg yang besar sesuai buat isi baju t-shirt, seluar dan lain lain lagi. Untuk beg kecil pula boleh isi pakaian kecil ataupun peralatan mandian.

 

PEMILIHAN PAKAIAN

Bila nak travel atau holiday ni mesti cari baju-baju yang sesuai dengan cuaca kat tempat kita nak travel kan. Kalau nak pergi holiday dalam Malaysia je, sekarang ni tengah musim panas. So automatic dah letak mindset kena pakai baju yang ringan, lembut, sejuk dan mudah kering. Yang paling penting selesa dan cantik bila dipakai.

 

AKTIVITI MEMPENGARUHI PEMAKAIAN

Semua jenis aktiviti mesti ada pakaian yang sesuai kan. Ok… kalau pergi travel, mesti ada bermacam macam aktiviti lasak seperti aktiviti air atau hiking. So, pakaian pun mestilah yang bersesuaian dengan aktiviti yang akan kita buat. Bagi saya, saya akan pack baju yang sesuai dipakai untuk semua jenis aktiviti sukan dan casual. Dengan cara macam ni, dapatlah jimatkan ruang dalam beg atau luggage tu. Tak perlu bawak baju banyak banyak.

 

CARA LIPATAN BAJU

Cara lipatan baju yang paling sesuai adalah dengan menggunakan Teknik menggulung. Biasanya teknik ini digunakan time nak pergi hiking. Kena jimatkan ruang dan untuk make sure beg tu padat dan tak bergoyang-goyang.

Nak tahu tak kenapa teknik ni yang paling sesuai ? Kerana ia dapat menjimatkan ruang dalam beg. So, banyak lagi ruang yang boleh diisi barang keperluan atau barang yang lain.

 

KELENGKAPAN MINI

Ubat gigi, sabun, bedak dan juga kelengkapan lain mestilah bersaiz mini sahaja supaya barang-barang ni semua tak mengambil ruang yang banyak dalam beg. Nak lagi kemas, semua kelengkapan ini boleh dimasukkan ke dalam organizer beg.

 

Sekarang dah tahu kan cara nak pack barang-barang kalau nak pergi travel. So, lepas ni dah takde lagi masalah ruang tak cukup untuk isi barang-barang.

Back to blog